Internet - Kerja dari rumah

Internet - Kerja dari rumah

Di zaman internet sekarang ni, terdapat juga job pendek atau kecik (mico job) yang di tawarkan dengan upah, tapi tak banyak, kerja seperti ni kadangkala klik button like dekat facebook atau twitter, atau berikan 20 perkataan dalam ruangan komen, ada juga job yang sukar sikit dengan upah yang lebih tinggi tapi job seperti perlukan skill, kalau takde skill still ok sebab banyak lagi job lain yang boleh kita buat mengikut kesusaian

Di sini saya akan list kebaikan dan keburukan kerja micro job ni

Kebaikan
1. Kerja simple dan mudah
2. Ada masa banyak job boleh dibuat
3. Pembayaran yang pasti sekiranya kerja memuaskan

Keburukan
1. Kerja simple dan mudah dengan bayaran yang murah , sebagai contoh : dalam 5 sen setiap job untuk klik like kat facebook
2. Kerja yang sukar dengan bayaran yang tinggi dan ada masa kena tipu , majikan tak bayar / bayar separuh
3. Kerja banyak tapi ada masa kerja sikit dan limited, yang mana user lain dan buat dulu dan ada masa takde job langsung

So tu antara ny pro dan kons micro job ni, still bagus juga sebab job dia tak susah sangat.

Ada sesetengah job macam nak transalate text dari english ke bahasa lain , agak limited juga. Sesetengah job perlu lalui proses interview guna skype sebab majikan nak tengak ok ketak orang yang akan diaorang upah ni.. Once dah ok baru dapat job.. tu pun masa mula2 buat kerja kena berhati hati jangan buat silap, nanti diaorang ni taknak upah kita lagi.. tapi try lah .. walaupun bunyi macam menakutkan jer hihi.. actually ok juga ni.. buat sikit sikit collect income.. dan yang paling best .. payment dlm USD tu hahaha ^_^ 5sen USD tak sama rm0.05 ye tak.. Oh ya.. payment selalu dibuat melalui paypal.. try lah register diri anda dekat paypl

Ni antara tempat untuk mico job macam ni :
http://www.MicroWorkers.com
http://www.crowdsourcing.com
http://www.shorttask.com
http://www.ClickWorker.com
http://www.MinuteWorkers.com
http://www.RapidWorkers.com
http://www.CloudCrowd.com
http://www.CrowdFlower.com
http://www.Crowdtap.com
http://www.Jobboy.com
http://www.myLot.com

Kat malaysia ni ada satu guide yang famous pasal micor job ni iaitu di http://jobdirumah.com
jobdirumah.com , diadekat link ni nanti dia akan share job ticker (job status dan job request dari satu website lain) dan juga guide macam mana nak start buat kerja dirumah dalam bentuk pdf download pada harga rm50.. basicly info dalam buku ni sama mcm guide dari website lain juga.. just admin dekat jobdirumah.com compile dan koleksi jadi buku.. so kalau korang takde rm50 .. boleh cari guide dari tempat lain.. still sama juga...

Internet - vlog

Internet - vlog

Vlog atau nama panjang dia Video Blogging, ialah konsep yang mana macam blogging tapi dalam bentuk video format, kebanyakan video blogging ni selalunya macam menceritakan pasal travelling , makanan,sesuatu kejadian mcm kemalangan ke, video rakaman sendiri mcm buat prank dekat kawan ke, review produk (video game/toy/kereta etc) atau video tentang kehidupan seharian contoh mcm pakai kamera ProGear lepas tu jalan2 sekeliling MidValley (contoh jer hihi) sambil kita bercerita mengenainya atau ada juga guna untuk buat tutorial subjeck belajar macam belajar memasak atau cara cara nak assemble lego brick jadi kapal angkasa secara detail dan juga dengan penuh ekspresi muka. Ada sesentang orang lebih suka tengok video blogging dari baca blog, tapi kebanyakan yang suka video blogging ni datang dari pembaca blog atau mereka yang terjumpa dari carian google ketika mencari subjek subjek tertentu. Platform terbaik untuk Vlog ni ialah youtube.com yang mana dia support AdSense juga.. lagi banyak viewer maka lagi banyak revenue dapat , tapi Vlog ni agak sukar juga sebab nak dapat kan viewer yang berminat tengok video kita ni ada masa sukar sikit nak dapatkan viewer, tapi yang penting kalau anda memang minat suka untuk buat vlog , cubalah .. mana tau sukses. Untuk youtube ni peraturan dia adalah pada content dia, elakkan material yang telah dicopyright (hak milik orang lain) , benda benda yang tak senonoh \0_0/ .. takut nanti bila dapat aduan kemungkinan kena denda atau digantung atau dibuang keahlian dari youtube.com



resource untuk AdSense di youtube.com :
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-372141.html
http://www.dzulfaqarhashim.com/2014/05/cara-daftar-akaun-google-adsense-paling.html

Internet - Blog

internet
-blog

Blog ialah webpage yang mana ianya mengandungi entry posting yang serupa seperti journal atau diari, yang mana setiap posting tu lebih kepada apa yang penulis fikiran dan juga pendapat semasa berkaitan topic yang di posting kan itu.
Kadangkala ada sesetengah blog tu bercerita pasal kereta , dunia IT atau kewangan semasa, ada juga yang buat novel atau cerita fiksyen melalui blog dan sebagainya.Untuk menjana kewangan disini adalah lebih kepada audience/pembaca , lagi banyak pembaca maka lagi banyak hasil yang boleh diperolehi dari iklan (ruang iklan, berapa ramai yang melihat dan juga berapa ramai yang klik iklan itu) dan juga affliate (iklan bagi pihak orang lain, berdasarkan komisyen). So bila fikirkan semula cara ini memang sesuai sekiranya anda ni memang suka blog, dan setiap blog post tu memang best dan juga memang menarik minat setiap orang yang membacanya yang mana diaorang ni akan sentiasa datang semula dan membaca sekiranya ada entry baru. Ada beberapa teknik anda boleh cuba sekiranya ada berasa yang anda memang sukakan blog. Sebelum meletak iklan atau affliate di setiap blog posting anda, maka anda perlulah mendaftarkan diri dulu untuk membolehkan anda join program iklan atau affliate ini dan juga sekaligus menhasilkan sedikit revenue(keuntungan) along the way. Perlu diingatkan bahawa sekiranya anda inginkan audience kepada blog anda, maka berilah posting yang berkualiti yang mana kalau orang baca tu takler bosan atau terus makin tertekan :) hihi.. dan bila permohonan anda telah berjaya untuk ad/affliate program ni, bolehlah susun iklan anda di setiap blog posting supaya nampak kemas, kalau banyak sangat takut serabut pula, pembaca nak baca pun susah. Jangan lupa juga, setiap program affliate/ad anda ni, dia ada peraturan sendiri , contoh mcm jangan click-trick (klik tipu link) atau minta pembaca klik pada iklan dan sebgainya.. takut nanti akan di gantung keahlian atau lagi teruk di buang keahlian.. once blog dah establish dan selamat dan juga dapat maintain pembaca.. mungkin boleh lebih serius ke blog yang guna hosting dan url sendiri.. tapi untuk permulaan ni, disyorkan supaya try yang free dulu.. blogging ni bunyi simple tapi actually perlukan komitment dan juga displin yang kuat.. hosting atau url sendiri ni next pun boleh .. tapi kalau korang memang dah komited... tak salah... try tengak kesusaian diri ... selamat berblogging.. ;)

resource/sumber untuk blog

boleh guna blogger.com atau wordpress.com untuk free blogging
tapi disyorkan guna blogger.com sebab boleh guna adsense untuk generate income.

affliate program (ada macam2 boleh cari tapi boleh start dari sini) :

https://www.zalora.com.my/partner/
https://www.optimise.my/

cara nak guna/apply untuk AdSense program untuk blogger.com :
http://www.nurulshahira.com/2015/05/cara-daftar-lulus-google-adsense-di-blog-bahasa-melayu.html
https://support.google.com/adsense/answer/10162
http://gurucyber.net/chapter-3-panduan-google-adsense-malaysia-mendaftar-dengan-google.html

Cara lain untuk generate revenue/income melalui click :
http://adf.ly
(tidak sesuai digunakan pada page yang sama dengan adsense)

Cara yang betul

Laman blog ini akan mengetengahkan cara yang betul dan apa yang perlu anda harapkan apabila bermulanya pencarian anda apabila dengan langkah yang tepat. Kebanyakan laman web sekarang ni tidak beberapa betul untuk mengenegahkan apa yang akan berlaku sehingga ada masanya sampai ada pembaca yang membuat harapan tidak realistik untuk menjana pendapatan akibat dari maklumat yang salah ini. Jadi saya cuba untuk menceritakan cara yang sebenar bagaimana hendak melakukannya.

Di harap dengan posting ini maka pembaca blog ini dapat didedahkan dengan cara yang betul bila ingin menjana pendapatan terutamanya di dunia internet ini. Ingin saya menceritakan bahawa untuk permulaan ini, tiada jalan pintas ('shortcut') untuk berjaya, so makanya sekiranya anda inginkan hasil yang diimpikan maka anda harulah berusaha untuk berjaya.

Kebanyakan yang mencuba selalu hanya mencuba separuh jalan, dan apabila hasil yang di harapkan tidak memenuhi apa yang mereka gambarkan mereka hanya akan berputus asa. Saya di sini ingin menasihatkan untuk permulaan janganlah impikan kejayaan yang besar, cubalah dari kecil kecilan dahulu dan janganlah buat ini semata mata kerana duit, sebab apabila niat tak betul maka anda mungkin akan mensasarkan impian yang tidak realistik. Di sini saya akan berkongsi pengalaman saya dan apa ilmu yang saya ada dalam teknik teknik yang betul untuk menjana duit ini, semua maklumat ini apabila anda sudah memahaminya ialah milik anda dan anda bebas untuk mengunakanya di mana anda rasa sesuai, saya akan cuba menceritakan segala teknik yang ada dan bagaimana anda boleh capai target untuk menjana side income anda nanti.

Semuga ilmu yang saya kongsi kan bersama anda ni nanti bermanfaat dan boleh dipraktikan.